Categories : Semasa

 

S. Isaac, 29, (kanan) membantu ibunya Y. Kamala, 53, mengalihkan barang-barang selepas rumah mereka dinaiki air banjir di Taman Sungai Gemas. – Foto BERNAMA

TAMPIN: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di negeri ini, meningkat kepada 186 orang setakat jam 5.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, berkata seramai 91 mangsa membabitkan 25 keluarga dari Taman Sungai Gemas, dipindahkan ke Dewan Gemas pada jam 4 pagi tadi.

Katanya, seramai 91 lagi mangsa dari Taman Pinggiran Sungai Kelamah, kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah.

“Di daerah Jempol pula, empat sekeluarga dipindahkan dari Kampung Jeram Panjang ke Balai Raya Kampung Jeram Panjang apabila rumah mereka dinaiki air pada jam 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp