Categories : Jenayah

 

PASUKAN penyelamat pada operasi mencari mangsa yang hilang sejak Jumaat lalu selepas rumah mereka dihanyutkan banjir lumpur di Ladang Sen Fu, dekat Tongod, Kinabatangan. – Foto ihsan APM

KOTA KINABALU: Mayat remaja perempuan dipercayai mangsa banjir lumpur di Ladang Sen Fu, dekat Tongod, kira-kira 160 kilometer dari Keningau, ditemui tersangkut pada semak di Sungai Penangah, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata mangsa ditemui pada jam 1.41 tengah hari tadi oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Penemuan itu menjadikan lima mayat ditemui setakat ini, manakala tiga lagi masih hilang.

“Semua mangsa sudah dibawa ke jeti Kampung Penangah untuk diserahkan kepada polis,” katanya.

Sabtu lalu, 11 sekeluarga dilaporkan hilang selepas rumah mereka dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian di ladang berkenaan.

Tiga mangsa ditemui selamat iaitu Jaliha Madayan, 50, dan suaminya, Abdul Kamalayan, 50, serta anak mereka, Julaslam, 19.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp