Categories : Semasa

 

MUHAMED Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan (dua dari kiri) dan isteri menikmati juadah selepas selamat melansungkan perkahwinan dengan seorang gadis Melayu. Turut kelihatan kedua ibubapanya. – Foto Ihsan pembaca

KUALA TERENGGANU: Jejaka ‘Mat Saleh’ yang fasih bertutur loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Melayu tempatan, dekat Bukit Chendering di sini, hari ini.

Majlis pernikahan antara Mat Dan, 28, dan gadis pilihannya yang dikatakan bertugas sebagai pramugari itu berlangsung petang tadi, selepas pasangan terbabit bertunang dalam majlis ringkas pagi tadi.

Pertunangan pasangan itu diketahui media selepas tersebarnya dua keping gambar menunjukkan Mat Dan yang juga pengacara rancangan bercorak travelog itu, lengkap berbaju Melayu serba biru sambil ditemani ibu bapanya, Nicol Tyler dan Kevin Tyler.

Sekeping gambar yang viral di media sosial, menunjukkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis berbaju serba biru dan bertudung ungu lembut.

Rakan personaliti itu yang enggan namanya disiarkan, berkata anak jati kelahiran Bristol, England terbabit selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 10 pagi semalam pada majlis yang dihadiri rakan dan keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Katanya, pertunangan pasangan itu diadakan secara sederhana tanpa sebarang liputan media, bagi menghormati permintaan keluarga masing-masing.

“Apa yang saya boleh katakan, memang benar Mat Dan selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis tempatan, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) sambil dihadiri rakan dan keluarga terdekat sahaja.

“Atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, pertunangan dibuat secara sederhana mengikut amalan tradisi Melayu,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Gambar pasangan terbabit selamat dinikahkan petang tadi dikongsi oleh kenalan dan tetamu yang berkesempatan menghadiri majlis mereka.

Antara gambar dikongsi termasuk ketika Mat Dan diakad nikah dan pasangan itu makan beradap.

Januari lalu, sebuah portal berita melaporkan, Mat Dan menghadiri kursus praperkahwinan di Kuala Terengganu, dipercayai ada kaitan dengan persiapannya untuk majlis bersejarahnya yang berlangsung hari ini.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp