Categories : Hiburan

 

MAWAR Rashid. Foto Mahzir Mat Isa

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mawar Rashid, 22, selesa bersikap terbuka dengan memaparkan gambar kekasih, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf, 32, di laman sosial.

Kata pelakon yang popular dengan drama Suamiku Paling Sweet ini, beliau berbuat demikian bagi mengelakkan tanggapan negatif mengenai hubungannya dengan lelaki terbabit.

Bercakap kepada BH Online, Mawar berkata, beliau dan Raf, yang kini turut berjinak-jinak dalam lakonan, sedang mengenali hati budi masing-masing sejak dua bulan lalu.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid juga berkata, beliau sendiri tidak sangka dipertemukan dengan seseorang yang mampu membimbing beliau dan sekali gus mendapat restu keluarga.

“Buat masa ini memang saya berkawan rapat dengan Raf. Jadi, saya terbuka untuk memuat naik gambar bersama kerana tiada apa yang perlu disorokkan kepada umum, sekali gus bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak betul.

‘Memang pada mulanya saya berhasrat untuk tidak memikirkan soal cinta buat waktu ini, namun jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah. Soal cepat dan lambat, itu juga adalah ketentuan-Nya. Saya pula dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai pakej lengkap dan berasal dari keluarga yang baik.

“Memandangkan keluarga juga memberikan restu kepada kami untuk saling mengenali hati budi, saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik. Apa yang penting, Raf boleh membimbing saya di dunia dan akhirat,” katanya.

Mengenai gelaran bapa tunggal kepada dua anak dimiliki lelaki itu, Mawar tidak pernah menjadikan usia mahupun status sebagai penghalang untuknya menjalinkan hubungan cinta.

“Komen negatif adalah normal dan perkara sebegitu tidak memberikan kesan kepada saya. Ia asam garam dunia artis dan kita tidak boleh menutup mulut orang lain. Bagaimanapun sehingga kini, lebih banyak komen positif yang diterima, berbanding negatif,” kata Mawar.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Mawar baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Mati, arahan Hadith Omar, yang menggandingkan beliau bersama Hisyam Hamid.

Carian Tronexus.rocks:

  • mawar rashid seksi

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp