Categories : Hiburan

 

PELAKON filem Munafik 2, Maya Karin pada sidang media filem Munafik 2 di Finas, Hulu Kelang. – Foto Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Merancang terperinci jadual kerjaya, aktres jelita, Maya Karin bakal memasuki studio untuk projek rakaman single terbaharu sebaik penggambaran filem Munafik 2, selesai.

Maya memberitahu, setakat ini, sembilan lagu sudah dipilih.

“Kita akan pilih dua lagu terbaik untuk dijadikan single. Saya harap sebelum akhir tahun ini, single itu dapat dilancarkan,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi butiran lanjut mengenai projek itu, Maya berkata, antara komposer yang menyumbangkan lagu adalah Aizat Amdan, Awi Rafael dan Yassin.

Mengenai perkembangan penggambaran filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof, Maya berkata, berikutan perubahan jadual, pembikinan filem terbabit terpaksa dilakukan pada bulan puasa.

“Hampir seminggu menjalani penggambaran pada bulan puasa memerlukan saya untuk ‘mendesak’ diri bekerja.

“Mujur kebanyakan penggambaran dilakukan pada waktu malam. Selalunya kami sempat bersahur di lokasi penggambaran.

“Cuma apabila pulang ke rumah, saya sukar melelapkan mata dan mendapatkan rehat yang cukup,” katanya yang mengimpikan berlakon sebuah lagi filem tahun ini.

Carian Tronexus.rocks:

  • gambar munafik 2

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp