Categories : Jenayah

 

KINABATANGAN: Mayat seorang kanak-kanak dipercayai mangsa banjir lumpur ditemui hanyut oleh penduduk di Sungai Milian, dekat Tongod, pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, Leftenan Ahmad Roslan Mohd Kamel, berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) APM memasuki semula kawasan Sungai Penangah bagi melaksanakan operasi.

Katanya, ia susulan laporan orang awam yang mendakwa menemui mayat kanak-kanak terbabit kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Kita belum terima laporan lanjut mengenai penemuan itu kerana kawasan terbabit tiada liputan telefon,” katanya di sini, sebentar tadi.

Awal bulan ini, 11 sekeluarga hilang selepas rumah mereka dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian di Ladang Sen Fu di Tongod, kira-kira 160 kilometer (km) dari Keningau.

Tiga mangsa ditemui selamat, enam meninggal dunia, manakala dua lagi tidak ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat memasuki hari ketujuh.

Bagaimanapun, salah seorang mangsa yang selamat meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Ahad lalu.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp