Categories : Jenayah

 

KAJANG: Mayat seorang lelaki dengan kesan cedera ditemui tersangkut pada batu di Sungai Langat, berhampiran Seksyen 3 Bandar Baru Bangi di sini, pagi tadi.

Mayat yang sudah kembung itu ditemui orang awam pada jam 7.43 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata mayat di tengah sungai itu dibawa ke darat dengan bantuan anggota Bomba dan Pnyelamat pada jam 10.10 pagi.

Katanya, pemeriksaan pasukan forensik menemui dompet di kocek belakang seluar mangsa, mengandungi pengenalan diri seorang lelaki Melayu.

“Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada dokumen yang ditemui itu milik mangsa atau orang lain berikutan keadaan muka mangsa yang bengkak.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti kaitan penama dalam kad pengenalan itu dengan mangsa yang ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, polis turut menemui tiga kesan kecederaan di kepala mangsa tetapi puncanya belum diketahui.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Serdang dan bedah siasat akan dilakukan pada jam 10 pagi esok.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp