Categories : Jenayah

 

KAJANG: Mayat reput seorang lelaki ditemui di tepi jalan berhampiran Kampung Sungai Kembong Hulu, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata mayat mangsa tanpa sebarang identiti itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 1 tengah hari.

“Pemeriksaan dilakukan Unit forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati mayat terbabit sudah mereput, tidak berbaju dan hanya berseluar gelap.

“Mayat ditemui kira-kira 10 meter dari jalan raya. Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan pada mayat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Othman berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Katanya, polis turut melakukan semakan orang hilang bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp