Categories : Jenayah

 

Sabtu, 24 Jun 2017 – 8:36PM

Waktu Solat Kuala Lumpur:

Oleh Mohd Roji Kawi

MUKAH :  Lelaki warga India yang dilaporkan hilang selepas terjatuh di Sungai Tanah Aran Saridak, di sini, semalam, ditemui lemas, hari ini.

Mayat mangsa, Akshay Kumar, 22, ditemui terapung pada jam 2.30 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menemui mayat mangsa kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mangsa yang bekerja sebagai anak kapal dilaporkan terjatuh ke sungai berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp