Categories : Semasa

 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

KUALA LUMPUR: MCA menafikan parti itu pernah menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2009, seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata perbincangan bagi menentukan wakil parti untuk menduduki jawatan dalam Kabinet diputuskan dalam Majlis Presiden Barisan Nasional (BN).

Beliau yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda MCA, berkata pada tahun itu juga prestasi MCA tidak baik dalam pentas politik negara.

“Setahu saya, kita tahu realiti politik negara antara tahun 2008 hingga 2011, kerusi MCA berkurangan, kerana tsunami pengundi Cina yang beralih kepada pembangkang.

“Masa itu juga masa yang ‘tidak baik’ buat MCA,” katanya kepada BH sebentar tadi.

Kelmarin, Dr Mahathir yang sebelum ini menyebut DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri, terus membuat pusingan U apabila mendakwa MCA yang meminta jawatan berkenaan.

Menerusi laman blognya, bekas Perdana Menteri memperbetulkan kenyataannya sebelum ini bahawa yang meminta jawatan berkenaan adalah MCA, bukan DAP.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp