Categories : Sukan

 

PEMAIN pasukan Barcelona, Lionel Messi. – Foto AFP

MADRID: Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar meledak jaringan untuk membantu Barcelona menewaskan Eibar 4-0 dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu La Liga, Real Madrid.

Bagaimanapun, malang buat pemain tengah, Sergio Busquets, yang terpaksa dikeluarkan hanya selepas lapan minit beraksi berikutan koyak ligamen buku lali.

Pasukan di tangga kedua, Sevilla pula hanya satu mata di belakang Madrid selepas dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Osasuna 4-3.

Bagaimanapun, Real Madrid masih mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding pesaing mereka.

Denis Suarez yang masuk menggantikan Busquest tidak mengecewakan apabila meledak gol pertama Barca pada minit ke-32 sebelum Messi, Suarez dan Neymar menambah tiga gol pada babak kedua. – AFP

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp