Categories : Hiburan

 

AHLI kumpulan XPDC (dari kiri) Eddie, Ali, Lola dan Izo. – Foto Mahzir Mat Isa

KUALA LUMPUR: Band heavy metal terkenal, XPDC tidak sabar melancarkan misi kembara ke bumi Eropah, Oktober depan yang disifatkan projek serampang dua mata mereka.

Vokalis band itu, Ali memberitahu BH Online, sepanjang lebih sebulan di Eropah, mereka akan berdakwah dan menghiburkan komuniti Islam di sana.

“Ini adalah kali pertama kumpulan XPDC menjalankan misi dakwah di beberapa negara Eropah seperti Jerman, Perancis, United Kingdom (UK) dan Sepanyol.

“Memang teruja kerana selain mendekati masyarakat Islam dan berdakwah, kami akan membuat persembahan menghiburkan mereka,” katanya pada sidang media Kembara XPDC Ke Bumi Eropah, di sini.

Turut hadir anggota XPDC iaitu Izo, Eddie dan Lola; Ketua Projek Kembara XPDC Ke Bumi Eropah, Mubarak Hatta serta pelakon dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau.

Mengulas lanjut misi dakwah anjuran Pharmasa Nutrition Sdn Bhd itu, Mubarak berkata, pendekatan mereka lebih kepada mendedahkan bagaimana kehidupan harian masyarakat Islam di Eropah.

“Kita akan melihat bagaimana komuniti Islam beribadah, mencari makanan halal dan sebagainya.

“Rombongan akan turut disertai pendakwah terkenal, Maulana Wan Hilmy Wan Mohamed untuk berkongsi ilmu. Shamsul pula bertindak sebagai moderator,” katanya.

Mubarak menambah, misi XPDC itu akan dirakamkan dalam bentuk travelog dan disiarkan di salah sebuah stesen televisyen (TV) yang belum diputuskan lagi.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp