Categories : Soalan Lazim

 
  • Q1. Apakah syarat-syarat peralihan nombor ke Tronexus?

    a) Anda mestilah berumur 12 ke atas.

    b) Anda mesti mempunyai MyKad/Passport untuk pengesahan.

    c) Jika anda menggunakan pascabayar, anda perlu menyelesaikan semua bayaran terhutang / tertunggak dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda.

    d) Anda tidak terikat kepada apa-apa kontrak dengan pembekal perkhidmatan sedia ada.

    e) Talian mudah alih semasa anda masih aktif.

    f) Anda tidak disenaraihitamkan daripada mana-mana pembekal perkhidmatan mudah alih.

    g) Dan lain-lain

  • Q2. Bolehkah saya mendapatkan orang lain untuk mengemukakan permintaan saya?

    Tidak, hanya pemilik nombor telefon bimbit yang sah dibenarkan

  • Q3. Adakah saya dapat untuk membuat panggilan selepas mengemukakan permintaan saya untuk beralih kepada Tronexus?

    Ya, talian anda akan terus beroperasi sepanjang proses pengalihan nombor. Anda akan dinasihatkan untuk menggantikan kad SIM anda sebaik sahaja proses itu selesai.

  • Q4. Saya sedang beralih kepada Tronexus daripada perkhidmatan prabayar lain. Adakah saya akan kehilangan semua kredit saya daripada akaun prabayar semasa saya?

    Ya, baki kredit anda tidak akan dipindahkan apabila anda bertukar kepada Tronexus. Kami menasihatkan anda untuk menggunakan ke semua kredit anda tetapi mengekalkan RM1 sebagai kredit minima sebelum pemindahan ke Tronexus.

  • Q5. Adakah saya perlu membatalkan perkhidmatan sedia ada sebelum saya masuk ke penyedia perkhidmatan baru?

    Tidak, anda tidak perlu. perkhidmatan sedia ada anda dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa secara automatik akan ditamatkan sebaik sahaja anda berjaya dialihkan kepada penyedia perkhidmatan yang baru.

  • Q6. Adakah saya perlu menggantikan kad SIM saya?

    Ya, anda perlu menggantikan kad SIM semasa anda dengan kad SIM Tronexus baru selepas proses peralihan itu selesai.

  • Q7. Adakah akan terdapat apa-apa kegagalan semasa peralihan / penukaran ke Tronexus?

    Ya, permintaan anda mungkin akan ditolak oleh pembekal perkhidmatan mudah alih semasa anda jika:

    a) Anda mempunyai bil tertunggak / tertangguh.

    b) Anda disenarai hitam oleh pembekal perkhidmatan sedia ada.

    c) Anda masih terikat dengan kontrak dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda.

    d) Butir-butir pengenalan diri ahli adalah tidak betul / tidak lengkap.

    e) Talian semasa anda tidak lagi aktif.

    f) Anda tidak memberikan senarai penuh talian tambahan.

    g) Dan lain-lain

  • Q8. Adakah saya akan menerima sebarang pembayaran balik jika proses peralihan itu gagal?

    Tidak, tidak akan ada bayaran balik bagi yuran pemprosesan yang dilakukan.

  • Q9. Berapakah kos untuk beralih kepada Tronexus?

    a) Tiada caj dari pengguna Tron ke Tronexus.

    b) Yuran pemprosesan RM10 akan dikenakan bagi pengguna yang beralih daripada operator lain.

  • Q10. Adakah terdapat keperluan kredit minima untuk beralih kepada Tronexus?

    Ya, anda akan memerlukan kredit minima RM1 untuk bertukar ke Tronexus dan ianya hanya sah untuk pelanggan prabayar.

  • Q11. Adakah terdapat apa-apa bayaran penalti jika saya mengambil keputusan untuk beralih keluar dari Tronexus?

    Tidak, tidak akan ada bayaran penalti jika anda memutuskan untuk beralih keluar dari Tronexus. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya 30 hari diperlukan sebelum peralihan kepada operator lain dan keahlian Tronexus anda akan ditamatkan.

  • Q12. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk sebarang pertanyaan dan bantuan?

    Anda boleh merujuk Panduan Pengguna kami untuk maklumat lanjut.

    Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Tronexus di 1-300-800-188 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan dari jam 9 pagi hingga 6:00 petang pada hari bekerja (tidak termasuk cuti umum dan cuti umum gantian)

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp