Categories : Sukan

 

LOS ANGELES: Jose Mourinho menafikan ada usaha untuk membawa kembali Cristiano Ronaldo ke Old Trafford selepas Manchester United membuka tirai siri jelajah Amerika Syarikat dengan kemenangan 5-2 ke atas Los Angeles Galaxy, sebentar tadi.

Pengurus United itu dalam usaha untuk terus memantapkan skuad kendaliannya selepas membawa masuk Victor Lindelof dan Romelu Lukaku.

Bagaimanapun, pengendali dari Portugal itu menolak sebarang percubaan mengatakan yang United dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Ronaldo daripada Real Madrid.

“Saya tidak akan membuang masa memikirkan mengenai pemain yang sangat mustahil untuk dimiliki,” kata Mourinho selepas perlawanan dengan Galaxy.

Terdahulu, penyerang England, Marcus Rashfor meledak dua gol manakala Marouane Fellaini, Anthony Martial dan Henrikh Mkhitaryan masing-masing menjaringkan gol satu gol untuk menewaskan Galaxy.

Penyerang baharu, Lukaku gagal menjaringkan gol selepas diberi peluang membuat penampilan pertama bersama United di babak kedua perlawanan.

Namun, Mourinho tetap berpuas hati dengan aksi Lukaku yang disifatkan tidak mementingkan diri untuk menjaringkan gol.

“Lukaku menjadi sasaran pihak lawan, dia bermain dengan membelakangi pihak lawan. Sesuatu yang positif saya lihat hari ini adalah dia bermain secara berpasukan, tidak pentingkan diri sendiri.

“Dia tidak bimbang mengenai dirinya tetapi lebih bimbang peningkatan dalam pasukan,” kata Mourinho. – AFP

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp