Categories : Hiburan

 

VOKALIS kumpulan May, Mus.

KUALA LUMPUR: Keadaan vokalis kumpulan May, Mus, belum menunjukkan sebarang perubahan sejak dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), sejak malam tadi.

Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, yang mengalami demam panas sejak Jumaat lalu hingga menjadi sawan dikejarkan ke HKL kira-kira jam 9 pagi semalam.

Pada awalnya, penyanyi terbabit berada dalam keadaan separa sedar dan diletakkan di bawah zon kritikal.

Bagaimanapun menurut isterinya, Suraya Bahari, berikutan terlalu banyak meracau, pihak hospital terpaksa meletakkan suaminya dalam keadaan koma dan ditempatkan di ICU.

“Dia masih lagi koma. Cuma, hari ini doktor ada melakukan ujian MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) dan memasukkan darah,” kata Suraya ketika dihubungi BH Online.

Keputusan terkini mengenai masalah sebenar dialami suaminya hanya akan diperoleh pada petang atau malam ini, kata Suraya.

“Pada awalnya doktor mengesyaki ada kuman dalam darahnya. Namun ia belum dapat dipastikan lagi. Saya hanya mampu menunggu saja hingga keputusan ujian diterima,” katanya.

Ketika ini pelawat dibenarkan menziarahi suaminya, namun bagi tempoh sekejap saja.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp