Categories : Hiburan

 

PELAKON dan pengacara, Neelofa pada majlis pembukaan butik keduanya, Naelofar Hijab, di Publika, Kuala Lumpur, petang tadi. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Neelofa, 28, mendoakan kebahagiaan Datuk Hans Isaac dan pasangannya, Gabriella Robinson, yang bakal mendirikan rumah tangga pada 29 Julai depan.

Neelofa, yang pernah digosipkan bercinta dengan pelakon, penerbit dan pengarah itu memberitahu, beliau sememangnya mengetahui mengenai perhubungan terjalin antara mereka berdua.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan wanita itu, tetapi saya tahu mengenai perhubungan mereka selepas dimaklumkan Hans. Apapun, saya doakan kebahagiaan mereka kerana dia layak mendapatkannya.

“Hubungan saya dengan Hans juga masih baik dan kami berkawan seperti biasa. Cuma, dalam soal percintaan mahupun kehadiran wanita itu dalam hidupnya, itu adalah hak peribadi dirinya.

“Sebagai kawan, saya menghormatinya dan mahu melihat kebahagiaan Hans dengan wanita pilihannya,” katanya yang ditemui pada majlis pembukaan butik keduanya, Naelofar Hijab, di Publika, di sini petang tadi.

Semalam, Hans mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan bekas ratu cantik berusia 28 tahun terbabit selepas melamarnya pada 29 Januari lalu.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp