Categories : Jenayah

 

MOHAMED Salezan (tengah) mewakili lima NGO lain dalam laporan dibuat polis mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung kenyataan berbaur hasutan mengenai projek Forest City, di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan. – Foto Ernalisa Othman

JOHOR BAHRU: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan rakyat negeri itu berhubung kenyataan berbaur hasutan mengenai projek Forest City.

NGO berkenaan ialah Persatuan Peniaga Bazar Johor Bahru; Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Sederhana Johor Bahru; Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia Johor; Kelab Permotoran Generasi Baru serta Gerakan Belia 4B Kulai.

Pengerusi Persatuan Peniaga Bazar Johor Bahru, Mohamed Salezan Mohd Salleh, berkata tuduhan yang dilemparkan Dr Mahathir mengenai projek berkenaan adalah tidak berasas sama sekali dan polis perlu menyiasat segera beliau mengikut Akta Hasutan 1948.

“Kenyataan Dr Mahathir mengenai projek Forest City sebelum ini adalah tidak masuk akal dan kami berpendapat ia sebenarnya satu hasutan untuk menakutkan rakyat di negeri ini.

“Selain itu, beliau juga mahu melihat Johor gagal dalam mencapai cita-citanya membabitkan pembangunan kawasan perdagangan, pelancongan, kediaman, perkhidmatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai membuat laporan polis bersama empat lagi NGO lain di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

Pada Disember lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyelar tindakan Dr Mahathir cuba menakutkan rakyat dengan mendakwa kononnya 700,000 warga asing di Johor akan mendapat kerakyatan bagi tujuan mengundi.

Mohamed Salezan juga berharap rakyat Johor tidak terpengaruh dengan hasutan Dr Mahathir.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp