Categories : Hiburan

 

– Foto ihsan instagram sanjurocafekuching

KUALA LUMPUR: Demi menyumbang sesuatu kepada masyarakat Sarawak, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, membuka kafe komuniti di Kuching.

Noh berkata, Sanjuro Cafe dibuka bukan bertujuan meraih keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada membantu golongan muda di negeri itu yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan.

“Saya terfikir sendiri, sepuluh tahun berada dalam industri, apakah sumbangan saya terhadap masyarakat?

“Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakan orang menganggap kalau hendak berjaya, mereka perlu berhijrah ke ibu kota. Sedangkan, di negeri sendiri pun mereka boleh berbuat demikian.

“Jadi, saya sendiri turun padang dengan membuka kafe di Kuching. Pekerja yang menguruskan perniagaan ini adalah kawan baik saya sendiri dan komuniti anak muda di sana,” katanya kepada BH Online.

Tambah Noh, golongan muda yang menguruskan kafe terbabit penuh dengan idea yang membantu kejayaannya, sejak ia dibuka sembilan bulan lalu.

Malah, kafe berkenaan juga mengalu-alukan golongan muda yang menjual makanan atau pemanis mulut dan untuk diletakkan di premis berkenaan.

“Seperti saya katakan, perniagaan ini bukan sekadar mahu meraih keuntungan. Justeru, saya mengalu-alukan peniaga baharu untuk meletakkan makanan jualan mereka di kafe terbabit, jika ia bersesuaian dengan konsepnya.

“Sanjuro juga menjadi hab buat anak muda menunjukkan bakat seni masing-masing. Dari segi promosi, walaupun ada pasukan pemasaran di kafe itu, saya dan isteri (Mizz Nina) turut mempromosikannya melalui laman sosial,” ujarnya.

Noh berkata, berikutan kafe terbabit berkonsepkan komuniti membantu golongan anak muda, sebuah institusi di Singapura turut menawarkan jalinan kerjasama dengan menghantar pelajar menjalani latihan praktikal di sana.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp