Categories : Semasa

 

PETALING JAYA: Pasar barang antik dan koleksi jarang ditemui yang mula beroperasi kira-kira 19 tahun lalu di Amcorp Mall diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pasar lambak terbesar di bawah satu bumbung di negara ini.

Pasar itu berjaya mengumpulkan 271 peniaga pada setiap Sabtu dan Ahad.

Rekod berkenaan diberi kepada Perbadanan Pengurusan Pusat Perdagangan Amcorp dalam majlis ringkas hari ini yang disempurnakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohamad Taiyab.

Sijil pengiktirafan itu diserahkan Timbalan Pengurus Besar MBR, Mohamad Alex Edward kepada Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pusat Perdagangan Amcorp, Mohamed Tawfeek Hassan pada majlis perasmian pameran ‘Collector’s Pick’ dan pelancaran buku ‘Flea Market Galore’ hasil tulisan Azhari Mahmood. 

Pasar lambak Amcorp yang mula beroperasi sejak 1998 iaitu setahun selepas Amcorp Mall dibuka amat terkenal dalam kalangan pengumpul barang antik dan koleksi jarang ditemui seperti mata wang lama, setem, porcelin, jam, permainan dan cenderamata.

Mirza dalam sidang media berkata, Amcorp Mall yang berjaya memastikan kelangsungan pasar lambak sejak 1998 yang menjadi tumpuan pelancong asing di negara ini.

“Ini penting kerana tahun lalu lebih 30 peratus perbelanjaan pelancong di negara ini meliputi beli-belah selain tempahan hotel,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp