Categories : Jenayah

 

MOHD Hamzah Selvaraja Abdullah (kiri sekali) meninggal dunia akibat serangan jantung ketika taklimat, di Machang, hari ini.

MACHANG: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, Asisten Superintenden Mohd Hamzah Selvaraja Abdullah, 57, meninggal dunia ketika sedang mendengar taklimat di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Dzulkifli Abdul Ghani, berkata Mohd Hamzah tidak sedarkan diri ketika taklimat sedang berlangsung pada jam 10.15 pagi tadi.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Beliau dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Arwah meninggalkan seorang isteri Zahra N.M Ghouse dan empat anak yang berusia enam hingga 30 tahun.

“Arwah yang berasal dari Bentong, Pahang sudah berkhidmat selama 36 tahun sebagai pegawai polis, dan sudah dua tahun berkhidmat di IPD Machang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp