Categories : Jenayah

 

PENGARAH Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul. – Foto Malai Rosmah Tuah

SEPANGGAR: Laluan digunakan tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, yang lemas ketika menyertai kem perkhemahan, pagi tadi, tidak termasuk dalam kertas kerja program berkenaan.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul, berkata laluan berair iaitu lokasi di mana pelajar terbabit tergelincir dan lemas, tiada dalam kertas kerja program yang disenaraikan sekolah.

“Program ini sebenarnya mendapat kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah tetapi dalam kertas kerja tidak menyatakan ada satu laluan berair,” katanya ketika ditemui, di sini, sebentar tadi.

Maimunah berkata, ibu bapa memberi kebenaran untuk anak masing-masing mengikuti program berkenaan dan pihak sekolah sudah menghubungi semua ibu bapa yang terbabit berhubung insiden itu.

Katanya, langkah keselamatan dalam pengendalian program itu sudah diambil, namun insiden itu berlaku di luar jangkaan.

“Kami pun tidak mahu kejadian begini berlaku. Kata orang, mungkin ajal yang memanggil anak-anak ini. Saya meminta ibu bapa bersabar kerana prosedur keselamatan sudah diambil dan dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan berhubung insiden itu.

Katanya, insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada sekolah, dengan setiap program luar yang membabitkan pelajar perlu didahuli pemeriksaan menyeluruh sebelum program dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, Daniel Norman Norisham, 16; Hafiz Hamizan Rahman, 16 dan Quzaimi Jakaria, 17, ditemui lemas oleh guru pengiring ketika aktiviti melalui laluan berair di sekitar resort berkenaan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp