Categories : Hiburan

 

MIGUEL Ferrer. – Foto AP

NEW YORK: Pelakon, Miguel Ferrer, 61, yang terkenal dengan wataknya sebagai Owen Granger dalam drama bersiri NCIS: Los Angeles, meninggal dunia, di kediamannya di Los Angeles. semalam akibat kanser tekak.

Selain drama terkenal terbitan CBS itu, Ferrer turut berlakon dalam drama bersiri Crossing Jordan dan Twin Peaks.

Ferrer memegang watak sebagai penolong pengarah dalam NCIS: Los Angeles sejak 2012, selain sebagai ketua pemeriksa perubatan selama enam musim dalam drama terbitan NBC, Crossing Jordan.

NCIS: Los Angeles dalam kenyataan di Twitter berkata, drama itu kehilangan ‘ahli keluarga yang amat disayangi’.

“Miguel adalah seorang lelaki berbakat besar dan kehadirannya di layar perak sentiasa dinantikan.

“Ingatan kami hulurkan kepada isterinya, Lori; anak lelakinya, dan seluruh keluarganya. Beliau akan selalu dirindui,” katanya.

Ferrer juga adalah sepupu kepada bintang terkenal Hollywood, George Clooney. – AGENSI

Carian Tronexus.rocks:

  • biodata fiqri jelani

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp