Categories : Semasa

 

DATUK Seri Najib Razak. – Foto BERNAMA

DUNGUN: Rakyat diingat supaya tidak terkeliru dengan permainan politik pembangkang bersifat ‘machiavelli’ atau matlamat menghalalkan cara, kata Datuk Seri Najib.

Perdana Menteri, berkata pembangkang kini jelas bercelaru.

“Dulu saling mengutuk, tetapi hari ini jilat semula. Dulu cakap lain, hari ini cakap lain. Ini soal kepentingan politik ala ‘machiavelli’, iaitu matlamat menghalalkan cara.

“Matlamatnya menumbangkan kerajaan dan caranya dengan bersekongkol dengan musuh, ” katanya berucap pada Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman Rakyat (RIR) Kampung Santong di sini, petang ini.

Projek RIR yang dibangunkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membabitkan 229 rumah dibina di atas tapak seluas 10.4 hektar dengan kos RM70 juta.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Najib berkata, dalam Islam ditekankan matlamat perlu suci dan caranya mestilah betul.

“Jika cara tidak betul, apa jua ibadat kita tuhan tidak terima. Dalam politik pun kena berpegang kepada prinsip Islam.

“Jika dah tahu orang itu tak suka dengan perkembangan Islam di tanah air dan tidak suka kepada kedudukan orang Melayu dan dasar untuk menolong orang Melayu, mengapa pula nak bersekongkol dengan mereka, ” katanya.

Najib berkata, rakyat perlu yakin dengan perjuangan UMNO yang walaupun tidak ada label Islam, pengisiannya tetap Islam selain membangunkan negara dan umat Islam di negara ini.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp