Categories : Hiburan

 

ALLAHYARHAM Raja Mohammad Mohd Ismail, ketika sakit.

SEREMBAN: Pengurus produksi drama, Raja Mohammad Mohd Ismail, 44, yang terlantar akibat barah kulit sejak awal tahun ini, meninggal dunia di rumah ibunya di Sikamat di sini, hari ini.

Abang sulungnya, Mohd Yassin, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 tengah hari tadi dengan ibunya, Rahmathun Nisa Abdul Wahab, 66, dan dua anak perempuannya, berada di sisinya.

Katanya, kematian adiknya hanya diketahui selepas pulang dari solat Jumaat.

“Pagi tadi, keadaannya seperti biasa dan dia juga berbual dengan ahli keluarga yang lain. Walaupun terkejut, kami menerima pemergiannya dan berdoa agar ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anak bongsu daripada lima beradik, Allahyarham adalah seorang duda yang mempunyai empat anak berusia antara 11 sehingga 16 tahun.

Mohd Yassin berkata, adiknya disahkan menghidap barah kulit tahap empat sejak Februari lalu selepas mengadu badannya sering sakit sejak akhir tahun lalu.

“Mulanya dia menyangka sakit biasa, namun apabila semakin melarat, kami membawanya ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dan disahkan mengidap barah kulit tahap empat. Sejak itu, keadaannya semakin lemah, selain mengalami masalah batu karang dan usus,” katanya.

Antara drama popular menggunakan khidmat Allahyarham ialah Mukhlis 2, Biar Aku Jadi Penunggu dan Mr Boss Miss Stalker.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said di Sikamat petang ini.

Carian Tronexus.rocks:

  • Raja ilya sanggup dibedah

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp