Categories : Jenayah

 

SARIKEI: Seorang wanita maut dalam kemalangan dua buah kenderaan berhampiran Simpang Jakar di sini, pada kira-kira jam 4 petang tadi.

Dalam kemalangan itu, sebuah van jenis Toyota Hiace dikatakan bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga. Bagaimana pun setakat ini identiti mangsa yang meninggal dunia di tempat duduk penumpang kereta Proton Saga dan pemandunya yang cedera parah masih belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba Sarikei, Suna Kaha berkata, wanita terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

“Seorang lelaki yang bersama mangsa cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Suna berkata, seorang lelaki dan dua wanita yang menaiki van pula hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 4.09 petang sebelum tiba di tempat kejadian kira kira 20 minit kemudian.

“Ketika tiba di lokasi, terdapat dua mangsa di dalam kenderaan Proton Saga. Kami bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan cedera dan menghantar mereka ke Hospital Sarikei untuk tindakan susulan,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp