Categories : Jenayah

 

MUHAMMAD Ziyad maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pokok di Lebuh Alor Gajah-Sungai Petai, Melaka. – Foto ihsan pembaca

MELAKA: Seorang penuntut Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin di sini, maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pokok di Lebuh Alor Gajah-Sungai Petai di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Muhammad Ziyad Ibrahim, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rembia selepas menghadiri kuliah di kolej.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikalnya sebaik melalui jalan berselekoh sebelum melanggar pokok di pembahagi jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di bahagian kepala. Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.”

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp