Categories : Hiburan

 

SHAH Rukh Khan (kiri) malu mengenang perselisihan faham dengan Salman.

MUMBAI: Perang dingin antara dua nama besar Bollywood, Shah Rukh Khan dan Salman Khan, suatu ketika dulu memang menjadi buah mulut dalam industri hiburan India.

Persahabatan yang diumpamakan ramai sebagai ‘benci sayang’ itu sentiasa mempunyai pasang surut, hanya disebabkan beberapa perkara yang dilihat isu remeh.

Namun, mereka akan terbabit dalam rangka promosi bertemu peminat bersempena kemunculan filem baharu berjudul Tubelight, yang bakal membawa kedua-duanya menjelajah India.

Ditanya mengenai pergaduhan masa lalu itu, Shah Rukh memaklumkan perkara berkenaan cuma isu kecil yang tidak harus diungkit lagi kerana ia membuatkannya malu sendiri.

“Saya sebenarnya bukan seorang yang suka memendam kemarahan atau berdendam dengan sesiapa pun. Perkara itu (pertengkaran) terjadi hanya disebabkan saya terlebih emosi.

“Hakikatnya, saya sangat malu apabila isu pergaduhan kami dijadikan bahan berita. Kami sama saja seperti orang lain yang ada kalanya tidak sependapat dan berselisih faham,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbabit.

Dalam filem terbitan dan lakonan Salman, yang bakal menemui penonton pada musim Aidilfitri nanti, Shah Rukh muncul sebagai bintang undangan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp