Categories : Hiburan

 

BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim pertama akan mengadakan persembahan di ibu kota, Mei depan.

KUALA LUMPUR: Dengan hasrat melepaskan rindu dan mengimbau kenangan ketika sama-sama terbabit dalam Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Nana Mahazan mencetuskan idea mengumpulkan kembali semua peserta rancangan itu menerusi sebuah persembahan khas.

Persembahan diberi nama #AF1Reunion itu bakal diadakan di Live at Comedy Planet, Great Eastern Mall, di sini, pada 6 dan 7 Mei depan.

Menurut Nana, beliau sudah lama memendam hasrat mengadakan acara sedemikian, namun sekitar Februari lalu semangatnya semakin berkobar-kobar untuk merealisasikan perancangan terbabit.

Selain Nana, 33, pentas persembahan berkenaan turut akan diserikan oleh Khai, Rosma, Vince, Nija, Azizi, Sahri, Burn, Atie, Azza, Liza dan Adi.

“Jika diikutkan, sudah bertahun-tahun saya bercakap mengenai perancangan untuk mengadakan persembahan ‘reunion’ ini. Jika hendak ditunggu pihak lain yang mengusahakannya, mungkin ia sampai bila-bila pun takkan menjadi.

“Jadi, saya ambil inisiatif sendiri dengan memaklumkan perkara ini kepada rakan AF1 yang lain. Saya tidak kisah untuk menjadi ‘tauke panggung’ sekalipun dan buat semua perkara asalkan apa yang dihajati itu dapat dipenuhi.

“Alhamdulillah, semua kawan AF1 bersetuju untuk turut serta. Misi persembahan ini lebih kepada menyatukan 12 finalis AF musim pertama. Selain dapat melepas rindu sesama sendiri, apa salahnya kami tempiaskan rasa rindu itu kepada mereka yang pernah membesar dengan program realiti ini,” katanya.

Menurut Nana, selepas persetujuan dicapai, beliau tidak memikirkan sangat persoalan sama ada persembahan itu akan ditonton orang atau sebaliknya.

“Tak kisahlah ada orang datang tengok atau tidak, yang penting kami dapat bergembira dan mengimbas memori lalu. Mungkin juga kami dapat berkongsi perkembangan terbaru.

“Biasalah, sekalipun kami sering berkomunikasi menerusi kumpulan WhatsApp, masing-masing bukannya selalu dapat berjumpa secara berdepan. Kami bagaimanapun bersyukur kerana ukhuwah antara peserta AF1 masih utuh,” kata pengacara Pop TV dan Nasi Lemak Kopi O ini.

Kata Nana, bersifat intim, persembahan berkenaan akan diadakan sebanyak tiga kali. Pada 6 Mei, pertunjukan hanyalah pada sebelah malam manakala pada 7 Mei pula, dua slot persembahan dirancang, iaitu pada sebelah petang dan malam.

Tiket dijual pada harga RM75 bagi yang membuat tempahan awal, manakala RM90 bagi mereka yang mendapatkannya di lokasi acara pada hari persembahan berlangsung.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan terbabit boleh menghubungi talian 011-39547741 atau ikuti Instagram @nanamahazan.

Carian Tronexus.rocks:

  • azizi af1

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp