Categories : Semasa

 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan masih lagi menanggung kemudahan perubatan pesakit tanggungan kerajaan dan pesakit kurang mampu yang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Chen Chaw Min, dalam satu kenyataan hari ini, berkata pesakit tanggungan kerajaan itu termasuk pegawai Kerajaan Persekutuan dan keluarga (suami/isteri, anak berusia bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun dan ibu bapa yang sah) serta pesara kakitangan agensi Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau menafikan paparan yang viral di media sosial berkaitan kadar bayaran yang dikenakan IJN.

“Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam beberapa peraturan sebelum kos rawatan mereka dapat ditanggung oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Antara syarat berkenaan ialah, beliau berkata, pegawai agensi Kerajaan Persekutuan dan pesara persekutuan perlu mendapat rujukan daripada pakar perubatan umum/pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan atau swasta

Katanya, bagi pesakit yang kurang mampu, mereka perlu mendapat rujukan daripada pakar perubatan umum/pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan sahaja.

Chaw Min berkata, tahun lalu sahaja kerajaan membelanjakan RM435.65 juta untuk membiayai kos rawatan pesakit tanggungan kerajaan di IJN.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp