Categories : Jenayah

 

TAIPING: Polis menyiasat dakwaan seorang pesara dikasari dan diugut seorang pegawainya yang berpangkat Inspektor di Jalan Taming Sari, pagi tadi, dipercayai berpunca salah faham di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah, berkata pesara berusia 59 tahun itu juga cedera dalam kejadian itu.

Katanya polis menerima laporan mangsa mengenai kejadian itu mendakwa perkara itu berlaku di tepi jalan berkenaan akibat perselisihan faham di jalan raya.

Katanya, pesara itu turut mendakwa cermin keretanya dipecahkan dan siasatan diteruskan susulan laporan itu.

“Polis memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit dan akan menjalankan siasatan secara adil dan telus.

“Polis tidak akan berkompromi dengan pegawai yang bertindak melanggar peruntukan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 324, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp