Categories : Jenayah

 

mohdfahmi@bh.com.my 

Sebuah pesawat ringan Piper PA28 yang membawa tiga penumpang termasuk juruterbangnya terselamat setelah terhempas di atas jejambat yang belum beroperasi di Lebuhraya Nusajaya Pulai berdekatan Taman Pulai Jaya hari ini. – Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Pesawat Piper PA28 dilihat terbang rendah sebelum terhempas dan merempuh besi jejambat yang belum beroperasi di Lebuh Raya Kota Iskandar-Pulai, berhampiran Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pagi tadi.

Saksi kejadian yang juga penyelia tapak pembinaan berhampiran, R Murugam, berkata pada mulanya beliau menyangka pesawat itu terbang rendah untuk melakukan pendaratan cemas si jejambat yang belum beroperasi itu.

Katanya, beliau kemudian terkejut melihat pesawat ringan itu merempuh besi pada jejambat itu sebelum dia dan pekerja lain bergegas ke lokasi bagi membantu menyelamat mangsa yang terbabit.

“Kami sedang bekerja di bawah (tidak jauh dari lokasi) dan pada jam 10.30 pagi nampak kapal terbang ini turun (terbang rendah) sebelum ia rempuh besi itu (jejambat).

“Semua pekerja pergi ke kapal terbang itu dan tiga lelaki keluar memberitahu kami mereka semua selamat dan tidak cedera sebelum polis dan pihak bomba datang di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Murugam berkata, tiada sebarang letupan atau kebakaran berlaku ketika pesawat berkenaan terhempas.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp