Categories : Sukan

 

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (dua dari kanan) berkenan menerima sumbangan ‘mock cheque’ daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (kiri) sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua dari kiri) dan Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Abd Rahim Md Ariff (kanan) di majlis penajaan sempena kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah ke 26 di Kelab Golf Diraja Perak. – Foto L.Manimaran

IPOH: Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah edisi ke-26 menerima tajaan RM1.9 juta hasil sumbangan 14 penaja terdiri daripada agensi kerajaan, korporat dan individu.

Menurut Pengerusi Pengelola kejohanan, Datuk Abd Rahim Md Ariff jumlah sumbangan kali ini berkurangan berbanding RM2.1 juta tahun lalu tetapi Rahim berkata ia mencukupi untuk menampung penganjuran kali ini . 

“Tahun lalu kita menyambut jubli emas dan menjemput tujuh pasukan bagi memeriahkan lagi kejohanan. Tahun ini kita hanya menjemput enam pasukan dan jumlah tajaan sebanyak itu mencukupi,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan  kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebentar tadi.  

Abd Rahim berkata syarikat perkhidmatan TV satelit Astro memberi sumbangan tertinggi sebanyak RM350,000, diikuti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sejumlah RM300,000.

Kejohanan kali ini adalah medan menguji persiapan pasukan ke pusingan separuh akhir liga hoki dunia di London, Julai nanti. Enam pasukan yang menyertai kejohanan berkenaan ialah Australia, New Zealand, Jepun, Great Britain, India serta tuan rumah, Malaysia.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp