Categories : Semasa

 

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata lima perkara yang dipinda ialah pertama; takrif ‘bantuan guaman’ untuk memperjelaskan lagi bentuk guaman oleh JBG.

Kedua, katanya, mengehadkan bantuan guaman hanya kepada warganegara.

“Ketiga, menambah baik ujian kemampuan supaya selaras dengan dasar semasa kerajaan untuk memastikan bantuan diberi kepada mereka yang benar-benar layak.

“Keempat, menstruktur semula peruntukan mengenai fi pendaftaran, manakala kelima, memperkenalkan konsep ‘pendamping guaman’ kepada mangsa kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak dan masih seorang kanak-kanak ketika perbicaraan berlangsung,” katanya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi meluluskan Rang Undang-undang berkenaan.

Carian Tronexus.rocks:

  • bantuan guaman percuma

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp