Categories : Jenayah

 

POLIS membuka kaunter semakan dan pembayaran saman di lima kawasan RnR bersempena Op Selamat 10/2017.  – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis membuka kaunter semakan dan pembayaran saman di lima kawasan Rehat dan Rawat (RnR) bersempena Op Selamat 10/2017. 

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) JSPT melalui akaun Facebook, memaklumkan lima kawasan itu adalah di RnR Seremban Lebuh raya Plus (arah selatan); RnR Genting Sempah di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK); RnR Pandan di Lebuh raya Penyuraian Timur (EDL) Johor Bahru Selatan; RnR Gelang Patah/Tuas Johor Bahru dan RnR Tapah di Lebuh raya Plus (arah utara). 

Kaunter berkenaan mula dibuka sejak 21 Januari lalu hingga 5 Februari depan.

Orang ramai yang berhasrat untuk menyemak dan membayar saman boleh berbuat demikian di semua lokasi terbabit bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. 

Pembayaran saman boleh dibuat melalui tunai atau kad kredit.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp