Categories : Jenayah

 

KETUA Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa (kanan) dan pegawainya menunjukkan gambar dua lelaki yang mahu dikesan untuk membantu siasatan kes mencuri kabel Telekom Malaysia (TM). – Foto Omar Osman

SUNGAI PETANI: Polis memburu dua lelaki yang melarikan diri ketika serbuan polis kerana terbabit dengan kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Kampung Tengkorak Batu, Bukit Selambau, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata seorang rakan suspek berusia 29 tahun pula berjaya ditahan selepas cedera ditembak kerana cuba menyerang polis dengan kapak dalam satu kejadian jam 6.15 pagi.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri selepas kereta PROTON Perdana yang mereka naiki terbabas dalam serbuan polis itu.

Katanya seorang daripada lelaki yang melarikan diri itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan curi kenderaan dan kes senjata berbahaya dan rakannya yang cedera pula mempunyai rekod dadah manakala seorang lagi tiada rekod.

“Kita juga percaya kumpulan terbabit aktif dengan jenayah itu sekian lama berdasarkan cara mereka melakukan kegiatan dengan mengorek lubang kabel dan menariknya keluar sebelum memotongnya,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Md Zukir berkata, pemeriksaan juga menemui peralatan mencuri dalam kereta suspek seperti dua alat pemotong besi, tiga tukul besi, tiga batang besi, satu gulung kabel dan 30 batang kabel yang siap dipotong.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara serta denda manakala Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun,” katanya.

Berikutan itu, katanya, polis ingin mengesan dua lelaki iaitu Muhamad Nur Mustaqim Abdul Hadi, 31, dari Kampung Kuala Darak dan Mohd Shahrin Abd Rani, 26, dari Felda Teloi Kanan, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Carian Tronexus.rocks:

  • aalpbhdarak

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp