Categories : Jenayah

 

MAYAT ditemui terapung berhampiran Pulau Nunuyan, dekat Sandakan, semalam. – Foto ihsan APMM

SANDAKAN: Polis sudah mengenal pasti mayat yang ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan Laut, dekat sini, semalam.

Mangsa dikenal pasti Nor Aisyah Boloi berusia 13 tahun dari Kampung Tabangka dekat sini, selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berdasarkan laporan ibunya, mangsa bersama ibu dan adik lelakinya menaiki bot dari Kampung Tanjung Tabangka ke Sandakan untuk mendapatkan rawatan kerana mangsa demam.

Bagaimanapun, katanya, bot dinaiki mereka karam dan terbalik kerana hujan lebat dan laut bergelora, manakala juragan bot hanya sempat menyelamatkan ibu serta adik mangsa.

“Ibu mangsa mendakwa anaknya hilang sehinggalah mendapat berita mengenai penemuan mayat di perairan Pulau Nunuyan Laut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini, sebentar tadi.

Semalam, mayat remaja terbabit ditemui terapung oleh bot nelayan kira-kira jam 10 pagi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Carian Tronexus.rocks:

  • tronexus sandakan

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp