Categories : Jenayah

 

TASKA yang dipercayai terbabit dalam kes penderaan kanak-kanak yang viral di media sosial semalam. – Foto Hafiz Sohaimi

KAJANG: Polis menahan pengurus sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan tiga pembantunya petang tadi selepas dipercayai terbabit dalam kes penderaan kanak-kanak yang viral di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menahan tiga wanita berusia antara 24 dan 25 tahun di sebuah Taska di Bandar Baru Bangi pada jam 4.20 petang.

Katanya, polis kemudian menyerbu kediaman di Pangsapuri Kajang Prima pada jam 5 petang dan menahan pengurus Taska berkenaan, seorang wanita berusia 46 tahun.

“Semua yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut. Kertas siasatan kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Isnin ini untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit sudah dihantar ke hospital dan hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan fizikal.

Semalam, sekeping gambar memaparkan tiga kanak-kanak diikat pada mulut dan badan masing-masing, didakwa menjadi mangsa dera ketika dalam jagaan di sebuah Taska di Bandar Baru Bangi, viral di media sosial.

Perbuatan itu dikatakan dilakukan dua pembantu pusat berkenaan, menggunakan ‘kaedah’ mengikat mulut, tangan serta kaki bayi, kononnya untuk mendiamkan dan mengelak orang luar mendengar tangisan mereka.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp