Categories : Semasa

 

BADAK sumbu Sumatera, Puntung menjalani pembedahan susulan bahagian dalam rahang yang bernanah, hari ini. – Foto ihsan Jabatan Hidupan Liar Sabah **273503

KOTA KINABALU: Badak sumbu Sumatera, Puntung yang menderita sejak Mac lalu susulan bahagian dalam rahangnya bernanah, berjaya melalui pembedahan hari ini.

Pembedahan dilakukan doktor gigi haiwan dari Thailand, Dr Tum Chinkangsadarn yang mencabut dua gigi geraham dan satu gigi geraham kecil dari rahang atas kiri Puntung dalam pembedahan selama dua jam 20 minit itu.

Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata pembedahan dilakukan selepas perbincangan global dan kerjasama dengan pelbagai negara sejak dua minggu lalu.

“Kita menghargai usaha pasukan berkenaan yang berusaha melakukan tugas ini.

“Pasukan ini turut dibantu doktor haiwan dari Zoo Singapura, Dr Abraham Mathew serta Dr Johan Marais dan Dr Zoe Glyphis dari Afrika Selatan yang memulakan perancangan, nasihat, prosedur dan menyediakan sokongan kewangan bagi memastikan pembedahan boleh dilakukan,” katanya.

Selain itu, Augustine berkata, pihaknya dibantu pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dari Semenanjung, selain Borneo Rhino Alliance.

Katanya, prosedur itu bermula jam 7 pagi tadi dengan X-ray dilakukan selepas Puntung, satu daripada tiga badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia diberi ubat pelali.

“Puntung mula makan selepas dua jam pembedahan dilakukan dan selepas ini, kita perlu memastikan ia bersih, bebas daripada tekanan dan diberi ubat untuk melegakan kesakitan,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp