Categories : Hiburan

 

Kumpulan nasyid Rabbani di restoran Rabbani Lamb House. – Foto NSTP/Amirudin Sahib

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid popular, Rabbani teruja berjumpa teman seperjuangan di restoran Rabbani Lamb House (RLH) di Capsquare di ibu negara, setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz yang mengusahakan RLH memberitahu, pihaknya menyediakan slot tazkirah, taranum dan persembahan lagu kerohanian untuk kumpulan nasyid kontemporari di premis itu.

“Sejak hari pertama Ramadan, kami sudah mengatur jadual harian untuk berbuka puasa di sini diselitkan dengan sesi tazkirah, taranum dan persembahan.

“Saya berharap pembukaan restoran ini dapat membawa manfaat kepada teman seperjuangan terutama penggiat nasyid kontemporari. Lebih bermakna, pelanggan yang berkunjung dapat manfaat daripada pengisian disusun,” katanya kepada BH Online.

Azadan berkata, setakat ini, beberapa kumpulan nasyid seperti Raihan, Hijjaz, Saujana dan Inteam sudah tampil membuat persembahan di premis berkenaan.

“Alhamdulillah kumpulan nasyid terbabit dapat menarik pengunjung yang sanggup datang dari jauh untuk berbuka puasa di RLH,” katanya.

Mengakui ruang diberi kepada rakan-rakan nasyid sebagai suatu tanggungjawab kepada genre irama yang diperjuangkan, Azadan berharap lebih banyak peluang dibuka untuk penggiat nasyid sepanjang masa, bukan terhad ketika Ramadan atau Syawal saja.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp