Categories : Hiburan

 

PELAKON filem Soulmate Hingga Jannah, Reen Rahim pada sesi pra tonton filem itu di E-Curve, Mutiara Damansara. – Foto Nurul Syazana Rose Razman

KUALA LUMPUR: Pelakon, Reen Rahim, 29, membuat laporan polis terhadap individu yang pernah membantu menguruskan kerjaya dan kelab peminatnya disebabkan ugutan yang diterima.

Katanya, tindakan wanita itu dirasakan melampaui batas apabila sering mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di laman sosial, dengan menggunakan video dan gambar peribadinya.

Menurut Reen, wanita terbabit mengakui menyimpan video dan gambar peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi bersama umum.

“Lima tahun lalu, saya didatangi seorang wanita yang menawarkan diri untuk membantu dalam menguruskan kerjaya seni, selain mengurus kelab peminat.

“Memang hubungan kami rapat sejak dua tahun sebelum ini. Atas kepercayaan itu, dia mengambil kesempatan untuk mencuri gambar dan video peribadi daripada telefon saya, tanpa diketahui niatnya. Kebetulan, dia juga mengetahui kata laluan akaun peribadi Instagram saya.

“Disebabkan beberapa sebab tertentu, saya menjauhkan diri, namun tindakan itu menyebabkannya tidak berpuas hati dan mula menyerang dengan kata-kata berbaur ugutan di dalam laman sosial miliknya,” kata Reen yang ditemui pada majlis pratonton filem Soulmate Hingga Jannah di ibu negara, semalam.

Bagaimanapun, pelakon dengan nama sebenar Noreen Ashikin Rahim itu tidak menjelaskan isi kandungan video dan gambar terbabit.

“Semua orang ada tabiat pelik masing-masing, begitu juga dengan saya. Saya tidak senang dengan tindakannya menceroboh hak peribadi saya dengan menyimpan gambar dan video saya di dalam telefon serta Instagramnya.

“Ia digunakan pula untuk mengugut saya, walaupun saya juga kurang pasti kandungan video serta gambar curi berkenaan,” katanya.

Sebelum ini juga, kata Reen, beliau sedar wanita terbabit menceritakan perkara buruk mengenai dirinya kepada media hingga ia dikeluarkan di ruangan gosip, bagi mengaibkannya.

“Atas faktor keselamatan dan menjaga nama baik keluarga, saya membuat laporan di Balai Polis Damansara, Isnin lalu. Saya berharap pihak berkuasa dapat memantau aktivitinya daripada melakukan sesuatu yang tidak baik pada diri saya,” katanya.

Carian Tronexus.rocks:

  • reen rahim 2017

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp