Categories : Jenayah

 

MANGSA maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala selepas motosikalnya terbabas dan melanggar bahu jalan. – Foto PDRM

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki maut motosikal yang ditunggang hilang kawalan di bawah Jejambat Bukit Puchong dari arah Putrajaya di Kilometer 28 Lebuhraya Damansara Puchong, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.25 tengah hari itu, Mohamad Shahrizal Adha Shaharun, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad, berkata mangsa dipercayai terbabas dan melanggar bahu jalan sebelum terjatuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp