Categories : Semasa

 

BAPA pengacara Iesya Toh, iaitu Sanny Toh Abdullah, 65, disahkan meninggal dunia di Madinah selepas dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di hospital di sana, kira-kira 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia), hari ini.

Iesya berkata, dia reda dengan pemergian bapanya yang meninggal dunia di dalam ihram.

“Saya reda dengan pemergian abah. Rezeki abah apabila dapat disolatkan di Masjid Nabawi oleh ratusan jemaah lain.

“Insya-Allah arwah abah dikebumikan di Baqi’ yang menjadi idaman semua umat Islam. Cuma buat masa sekarang Umi masih dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Iesya atau Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 35, berkata bapanya ditempatkan di ICU selepas rebah ketika menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menurut Iesya, pemergian kedua ibu bapanya bagi menunaikan umrah adalah hadiah daripadanya dan mereka dijangka pulang ke tanah air pada 14 Februari ini.

Berita berkaitan

Abah tenat di Madinah…[1]

References

  1. ^ Abah tenat di Madinah… (www.hmetro.com.my)


Tags :

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp