Categories : Hiburan

 

RUHAINIES bersyukur apabila hasrat mengerjakan ibadat umrah bersama keluarga akhirnya tercapai. – Foto Shafina Jemenon

KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies, 24, bersyukur apabila hasrat mengerjakan ibadat umrah bersama keluarga akhirnya tercapai.

Ruhainies yang bertolak ke Tanah Suci Makkah hari ini berkata, beliau bagaimanapun akan menjalani penggambaran drama selama beberapa hari sebelum mengerjakan umrah.

“Saya bertolak bersama kru produksi Zeel Production bagi menjalani penggambaran kira-kira tiga hingga empat hari di sana. Kemudian, barulah ibu bapa saya menyusul dan kami akan mengerjakan umrah bersama-sama.

“Saya teruja kerana sudah lama saya mengimpikan mahu membawa ibu bapa ke Tanah Suci,” katanya kepada BH Online.

Ditemui ketika menghadiri Majlis Tayangan Telefilem DFKL 2017 di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu, pelakon ini turut memberitahu, selain ibu bapa, kakaknya, Risteena Munim, juga akan turut serta.

Bintang drama Cikgu Dina Pakai Prada ini turut berharap perancangan menunaikan ibadat berkenaan buat julung kali dipermudahkan.

Sementara itu, ditanya mengenai segelintir masyarakat yang gemar memberikan persepsi negatif terhadap golongan selebriti, terutama dalam soal berpakaian ketika berada di Tanah Suci, kata Ruhainies, beliau semestinya berhati-hati berkenaan perkara itu dan takkan sebarangan memuat naik foto di laman sosial.

“Insya-Allah saya akan menjaga tata tertib dan perilaku diri. Bagaimanapun, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika masih ada yang memberikan komen buruk.

“Yang penting, Allah tahu niat dan tujuan saya ke Makkah,” tutur pelakon Jejak Karmila ini.

Carian Tronexus.rocks:

  • gambar syazwan zulkifli dan ruhainis

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp