Categories : Hiburan

 

SAHARUL Ridzwan. – Foto Nurul Syazana Rose Razman

KUALA LUMPUR: Dalam debaran menjadi bapa buat kali pertama, pelakon Saharul Ridzwan memuat turun aplikasi yang mengajarnya menguruskan bayi.

Katanya, beliau berbuat demikian bagi mendapat pengetahuan mengenai penjagaan si kecil sebelum kelahiran anak sulungnya yang dijangka Jun ini.

“Untuk menyambut orang baharu, saya dan isteri tidaklah terlalu bersungguh-sungguh melakukan persediaan. Cukuplah sekadar yang perlu.

“Saya turut memuat turun aplikasi untuk mempelajari cara menguruskan anak,” katanya ketika ditemui BH Online di satu majlis di ibu kota.

Saharul dan pemilik butik pakaian, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 29, berkahwin pada September tahun lalu di Putrajaya.

Bintang Trauma itu enggan mengetahui jantina bakal anak lebih awal, sebaliknya mahu menjadikannya kejutan apabila bayi mereka selamat dilahirkan.

“Paling utama, kami berdoa anak kami dilahirkan cukup sifat dan sihat. Soal jantina, kami rasa lebih baik ia hanya diketahui apabila bayi dilahirkan kelak,” katanya.

Mengimbas detik pertama mengetahui kehamilan isterinya, Saharul terpaksa bangun pada jam 3 pagi bagi memenuhi permintaan Deena yang mengidam air kelapa muda.

“Isteri tiba-tiba meminta air kelapa muda yang masih ada kulit dan bahagian atasnya belum dipotong. Merata tempat saya mencari sehingga ke Kampung Baru. Dia tak mahu yang manis dan nak kelapa muda dengan isi nipis.

“Apabila sudah dapat, dia sekadar rasa saja. Waktu itu saya tidak sedar dirinya mengandung, sehinggalah saya sendiri mengalami mual-mual dan muntah-muntah ketika di Bangkok.

“Saat itu baru saya tahu Deena berbadan dua,” katanya.

Ketika ini, Saharul sibuk menjalani penggambaran drama kapsul 12 episod untuk SME Corp dan Suhan Movies, Chor & Chah.

Beliau juga terbabit dalam drama 20 episod berjudul Tokey Jamu, selain Kampus, Aluna, Setia Menunggumu dan Boo Bajet.

Carian Tronexus.rocks:

  • drama kampus lakonan saharul ridzwan

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp