Categories : Hiburan

 

PELAKON, Mohd Saharul Ridzwan Hashim dikenali Saharul Ridzwan. – Foto Nurul Shafina Jemenon

KUALA LUMPUR: Memiliki cahaya mata sendiri membuka mata pelakon sasa, Saharul Ridzwan mengenai pengorbanan ibu bapa membesarkan anak.

Kehadiran bayi sulung, Muhammad Luth Ali yang dilahirkan pada 6 Jun lalu melengkapkan hidup Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir.

“Sangat seronok apabila ada anak kerana ia memberi pengalaman baru kepada saya dan isteri.

“Banyak perkara yang kami pelajari tak kira kecil atau besar. Semuanya mendidik kami menjadi ibu bapa terbaik. Kehadiran Ali memberi erti cukup besar betapa payah menjadi ibu dan ayah,” katanya kepada BH Online.

Memikirkan pengorbanan dilalui ibu bapa, Saharul kesal ada anak yang melupakan orang tua mereka.

“Apabila anak sudah besar, ada yang membawa haluan sendiri dan mengabaikan ibu bapa… Tak elok buat macam itu.

“Semua ini ibarat putaran… Akhirnya, tak mustahil akan datang juga (balasan) kalau kita tak berbuat baik kepada ibu bapa. Jadi, hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada,” katanya.

Menceritakan situasi mereka di rumah mengasuh anak, Saharul berkata:”Isteri saya pada mulanya kekok dengan rutin sebagai ibu… Ia normal. Bayangkan setiap setengah jam anak nak minum susu. Sampai tidur saya dan isteripun tak cukup dan tak menentu.”

Namun, menurut Saharul, biarpun pulang dalam keadaan letih, wajah anak yang ditatap membuatkan lelah hilang.

“Senyuman Ali bagai sakti yang membuatkan saya lupa segala-galanya di luar. Biar apapun, keutamaan saya sekarang lebih kepada keluarga. Kerja kuatpun sebab keluarga tersayang,” katanya.

Saharul menambah, dia mendapat inspirasi memberi nama anaknya mengikut nama Nabi Muhammad SAW dan Nabi Luth manakala Ali pula bermaksud ‘yang mulia dan tinggi kedudukan’.

Saharul dan Qaabila Deena bernikah pada 16 September 2016.

Carian Tronexus.rocks:

  • saharul ridzwan 2017
  • www foto keluarga dan orang tua saharul ridzwan

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp