Categories : Hiburan

 

GAMBAR bayi Shaheizy Sam yang dikongsi di laman sosial anaknya, sebentar tadi.- Foto ihsan Instagram Shaheizy Sam

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shaheizy Sam, memaparkan wajah anak lelakinya kepada peminat buat kali pertama dengan memuat naik gambar bayi itu di laman sosial diwujudkan khas untuk si kecil, kira-kira sejam lalu.

Dalam masa yang singkat, gambar berkenaan yang menunjukkan Syeriv Samheizy berbaring di tilam dengan ejaan namanya menggunakan huruf berwarna-warni mendapat lebih 5,000 ‘likes’.

Instagram Syeriv juga sudah mempunyai lebih 26,000 pengikut sehingga kini.

Sam dan isterinya, Syatilla Melvin, turut berkongsi gambar bayi mereka yang kini berusia 46 hari itu di laman sosial masing-masing.

Mengiringi gambar terbabit, disertakan keterangan mencuit hati seolah-olah ia adalah pertuturan Syeriv sendiri.

Antara lain ia memperkenalkan nama si bayi, maklumat mengenai ibu bapanya, selain ‘makna’ nama yang diberikan kepadanya.

Sehingga kini, hanya sekeping gambar dikongsi di laman sosial anaknya itu. Namun, menurut keterangan berkenaan juga, banyak lagi gambar menarik Syeriv akan dimuat naik oleh kedua-dua ibu bapanya selepas ini.

Sam dan Syatilla, yang juga seorang pelakon, berkahwin pada 8 Februari 2016.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp