Categories : Hiburan

 

PELAKON, Sara Ali dikatakan kembali ke imej asal apabila sekeping gambarnya tidak mengenakan tudung tersebar, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Selepas lebih setahun berhijab, pelakon, Sara Ali, dikatakan kembali ke imej asal apabila sekeping gambarnya tidak mengenakan tudung tersebar, baru-baru ini.

Dalam gambar berkenaan, Sara dilihat bersama seorang lelaki ketika bercuti di Shanghai, China.

Penyebaran gambar dirinya tanpa tutup kepala itu tentu saja menimbulkan tanda-tanya, apakah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2015, itu memilih untuk membuka tudung selepas mengenakan hijab sejak Januari tahun lalu.

Begitupun, ketika dihubungi BH Online menerusi aplikasi WhatsApp, awal pagi tadi, Sara hanya berkata: “Saya tiada komen hal ini. Tak ada apa yang nak saya diperkatakan dan orang di luar sana takkan faham,” katanya ringkas.

Gambar berkenaan tersebar apabila ia dimuat naik oleh lelaki terbabit ke dalam akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, selepas perkara berkenaan ditanyakan kepada pelakon terbabit, akaun itu sudah ditetapkan kepada mode ‘private’.

Sepanjang tempoh bertudung, Sara sebenarnya jarang memuat naik gambar dirinya sendiri dan kali terakhir muncul dalam filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng, tahun lalu.

Sara sebaliknya lebih banyak memuat naik gambar orang lain di samping foto pemandangan.

Bagaimanapun semalam, Sara berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan seorang wanita tidak bertudung berada di meja makan, yang kelihatan seakan-akan dirinya.

Gambar itu juga dipercayai dirakam di Shanghai, China.

Ketika membuat keputusan bertudung, Sara atau nama lengkapnya, Siti Sarah Hairi Ali, turut menguruskan program, Raudhah Iman, di bawah syarikat, HMEO Agency Sdn Bhd, yang dibangunkan akhir tahun lalu.

Menerusi program itu, mereka menyalurkan bantuan khidmat nasihat dan mendidik umat Islam membebaskan diri daripada belenggu hutang serta riba.

Ia bersesuaian dengan misi HMEO sendiri, yang juga singkatan daripada Help Muslim Each Other.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp