Categories : Hiburan

 

Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Setahun menceburi dunia seni secara serius tanpa dijamah kontroversi, permulaan tahun 2017 menguji langkah bakat baharu yang sedang mencipta nama, Daler Yusuf apabila dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dalam diam.

Memberikan reaksi terkejut ketika diajukan persoalan mengenai statusnya, riak wajah dan emosi jejaka berdarah kacukan Melayu-Uzbekistan itu seperti membayangkan dirinya seperti menyimpan sesuatu yang cuba untuk tidak dikongsi bersama umum.

“Saya tidak pernah terfikir akan ditanyakan soalan ini. Sejak awal pembabitan, saya mengelak daripada berbicara mengenai isu peribadi tetapi apabila memilih laluan ini, mahu atau tidak saya perlu meleraikannya. Cuma buat masa ini, tiada apa yang mampu saya ulas.

“Saya masih baharu dalam bidang ini, jadi fokus utama saya ialah mengukuhkan kerjaya seni. Apa juga persoalan mengenai peribadi, saya tidak mahu ulas,” katanya.

Status Daler atau nama sebenarnya, Daler Yusuf Muhammad menjadi tanda tanya apabila sisipan Bintang Popular, BH, menerusi ruangan Kak Pora, hari ini menyiarkan gosip mengenai dirinya yang dikatakan sudah berkahwin sebelum menceburi dunia hiburan.

Terus diasak mengenai kesahihan gosip yang diperkatakan, jejaka berusia 24 tahun itu sekadar memberikan jawapan ringkas.

“Ya atau tidak apa yang mampu saya katakan, saya bukan suami orang. Selebihnya, tiada komen,” kata Daler yang terlebih dulu mencipta nama dalam bidang peragaan.

Tidak hanya dikatakan sudah berumah tangga, perkahwinan Daler juga dilaporkan berlaku kerana terpaksa. Bagaimanapun, usah cepat membuat andaian kerana isu berumah tangga secara terpaksa itu tidak mempunyai kaitan dengan kontroversi perkahwinan rahsianya.

Semua itu ialah sebahagian daripada tuntutan watak Ian Hadif yang dilakonkan Daler dalam drama arahan, Hashim Rejab yang diadaptasi daripada novel Encik Suami Mat Salih Celup. Drama yang akan menghiasi slot Dahlia di TV3 itu menyaksikan Daler bergandingan dengan Nelydia Senrose yang melakonkan watak Iman Amani.

“Sudah sebulan penggambaran drama ini berlangsung di lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Penggambaran dijangka selesai pada 20 Februari depan. Dalam drama ini, Ian terpaksa berkahwin dengan Iman apabila pertunangan gadis itu putus menjelang hari pernikahan.

“Demi persahabatan antara dua keluarga, Ian terpaksa menikahi Iman biarpun mereka tidak pernah bercinta.

“Sejujurnya, saya menyukai jalan cerita drama ini kerana ia memaparkan pelbagai konflik, terutama mengenai dendam Ian terhadap ibunya,” katanya.

Carian Tronexus.rocks:

  • daler yusof dan nelydia senrose
  • daler yusuf dan nelydia senrose
  • daler yusuf dan nelydia#spf=1
  • daler yusuf dengan nelydia senrose
  • gambar daler yusuf bersama nelydia senrose
  • nelydia senrose 2017

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp