Categories : Hiburan

 

PETALING JAYA: “Mati hidup balik pun, saya takkan jumpa lelaki sepertinya,” ungkap penyanyi Nora Ariffin ketika ditemui selepas Allahyarham suaminya, Johan Nawawi, dimandi dan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, di sini sebentar tadi.

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga bagai tidak percaya suaminya terlebih dulu meninggalkan beliau dan anak kerana arwah begitu teruja untuk menyambut ulang tahun ke-25 perkahwinan mereka pada 9 April depan.

“Dia lelaki yang baik pernah saya kenali. Cuma, saya sangka saya yang akan pergi dulu, tetapi Tuhan lebih sayangkan dia. Saya reda.

“Ikutkan, kami merancang untuk memakai serba cantik (sempena ulang tahun perkahwinan). Dia nak pakai tuksedo dan saya pula gaun. Kami juga merancang ingin membuat showcase sempena ulang tahun itu,” tuturnya yang tidak mampu menahan sebak.

Kata penyanyi Hanyalah Satu itu, kebelakangan ini suaminya begitu sibuk dengan kerja.

“Dua minggu lalu, dia berada di Jakarta dan Bandung, Indonesia, untuk urusan kerja seni.

“Ketika itu, saya selalu berpesan kepadanya, kita bukan muda lagi untuk bekerja keras dan mengembara jauh.

“Lima hari juga dia berada di Indonesia dan saya sendiri sempat menyertainya di Jakarta.

“Selama ini, memang suami saya tidak mempunyai penyakit kronik. Hanya kencing manis. Saya pula memang memantau apa saja yang dia makan.

“Cuma Rabu lalu dia nampak tidak sihat dan dibawa ke klinik. Doktor menyuruh suami dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Tapi dia berkeras tidak mahu berbuat demikian. Semalam bagaimanapun kami nekad membawanya ke hospital,” kata Nora.

Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, 11.30 malam tadi.

Sekitar jam 6.30 pagi tadi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah rakan seperjuangan seperti Habsah Hassan, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Datuk DJ Dave, Aishah dan Nassier Wahab.

NORA bersama rakan artis yang hadir untuk penghormatan terakhir kepada Allahyarham Johan Nawawi di rumahnya. – Foto NSTP

Carian Tronexus.rocks:

  • Aziera yusri masuk hospital

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp