Categories : Semasa

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua anggota pasukan keselamatan terbabit di negara ini.

“Saya kongsi foto bersama sebahagian anggota keselamatan saya yang dalam apa jua keadaan, terik mahupun hujan, sentiasa sedia menjalankan tugas.

“Saya amat hargai pengorbanan. Buat mereka dan semua anggota polis di Malaysia, Selamat #HariPolis,” katanya menerusi laman Twitter beliau hari ini.

Najib turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama anggota keselamatannya.

Malaysia menyambut sambutan Hari Polis ke-211 hari ini. – BERNAMA

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp